Wednesday, 22 February 2017

MINGGU KELIMA: HAZARD, RISIKO, BAHAYA


Hai - Hai pembaca kami๐Ÿ˜ƒ๐Ÿ˜ƒ

Bersyukur kehadrat ilahi hari ini sudah minggu ke-5 kami didalam kelas 
( Occupational Safety and health) bersama pensyarah kami.
Pada minggu ini kami mempelajari tajuk baru iaitu Hazard, Risiko dan Bahaya.




Di atas merupakan video Hazard yang telah pensyarah kami paparkan di dalam kelas.





Napo in Risky Business



moga dengan tayangan video-video ini kalian dapat memahami konsep hazard, risiko dan bahaya.


Friday, 3 February 2017

MINGGU KEEMPAT: KUIZ 1 (BERDASARKAN PEMBENTANGAN)

Haii kawan-kawan๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

Pada minggu ini, kami diberikan tugasan melalui CIDOS. 
Memandangkan pada minggu lepas kami telah diajar menggunakan CIDOS, jadi ini masanya untuk kami mengaplikasikan apa yang telah kami pelajari. 

Tugasan pada minggu ini ialah kami perlu menjawab dan menghantar kuiz di dalam CIDOS. 
Kuiz kami terdiri daripada tajuk-tajuk yang telah rakan sekelas kami bentangkan pada minggu ketiga. 

NAMA
PENGALAMAN
DIANA
Saya berasa gembira kerana saya dapat menjawab kuiz tersebut berpandukan nota-nota yang telah diberikan di dalam CIDOS.

SYAFIQAH
Pada mulanya saya rasa berdebar dan tidak yakin dengan jawapan yang saya tandakan tetapi saya tetap berusaha dan tawakal. Alhamdulillah, berkat usaha saya walaupun  markah tidak memuaskan saya berjaya menjawab soalan sehabis baik.

VIGANES
Kuiz di dalam CIDOS ini mudah kerana saya boleh buat di mana-mana. Terdapat 2 kali percubaan untuk membuka kuiz atas talian ini. Hal ini dapat membantu saya untuk mempelajari subjek OSH dengan lebih mendalam dan dapat diaplikasikan di dalam kehidupan seharian kita.

LUQMAN
Pengalaman yang menyeronokkan kerana saya dapat menjawab kuiz di atas talian dengan menjadikan buku rujukan serta nota-nota yang diberi sebagai panduan untuk saya menjawab kuiz OSH di CIDOS.

KAMAL
Sejujurnya ini first time jawab kuiz online. Okay juga sebab boleh tengok nota. Nota pun telah disediakan oleh pensyarah kami, jadi itu memudahkan kami untuk menjawab kuiz tersebut.

HANIF
 Rasa teruja sebab baru pertama kali jawab kuiz online. Soalan agak menarik dan dapat peroleh ilmu yang baru.  Pelajaran OSH ini sangat menarik dan seronok sebab saya dapat mengetahui tentang ciri2 keselamatan.  Saya dapat mengetahui tentang kepentingan2 dan cara2 yang betul dalam melakukan sesuatu kerja.
 Kuiz juga banyak menekankan tentang hal2 penting dan setelah saya mengetahui tentang peraturan keselamatan. Saya lebih mengikuti peraturan2 tersebut dan dapat mengelakkan sebarang kemalangan yang tidak diigini sama ada tempat kerja ataupun terbuka.




Pelbagai pengalaman yang kami rasai kerana ini kali pertama kami membuat kuiz di atas talian.
 terima kasih kepada pensyarah kami kerana memberi peluang kepada kami untuk merasai pengalaman ini.