Tuesday 7 March 2017

MINGGU KETUJUH: PENYEDIAAN CASE STUDY FILEM "PUNCTURE"

Hello kawan-kawan๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š


Pada minggu ketujuh ini kami diberikan tugasan untuk mengkaji suatu kes dari filem "PUNCTURE".



  

ini adalah video yang diberi oleh pensyarah kami bertujuan  untuk kami mengkaji kes yang berkaitan dalam filem diatas.


Sebelum kami teruskan , kami ingin berkongsi perasaan kami kepada pembaca blog kami tentang perasaan yang kami rasa pada mula Cik Haslinda menerangkan tentang tugasan tersebut. Pada mulanya kami berasa agak teruja dan terkejut yalahkan tugasan ini tak senang bagi kami untuk memahami video yang diberi sambil mengkaji kes dalam video tersebut.  Sebelum Cik Haslinda menerangkan  tentang tugasan ini. Cik haslinda membahagikan kumpulan  kami kepada 3 kumpulan yang dianggotai oleh 3 ahli kumpulan bagi kami menjayakan tugasan kami.

3 kumpulan yang dianggotai oleh 3 ahli dalam setiap kumpulan adalah seperti berikut:

1.Rizani , luqman dan Hanif
2. Diana, melisa dan Syafiqah
3. kamal. viganes dan Ruban

Selepas kami dibahagikan kumpulan, Cik Haslinda meneruskan penerangan dengan lebih terperinci kepada kami. Pada minggu ini tugasan yang diberi agak mencabar bagi kami tapi kami berjanji akan laksanakan tugasan yang diberi ini dengan sempurna. Cik haslinda memberi masa kepada kami sampai minggu ke-11 untuk siapkan tugasan ini. Perasaan yang kami rasa selepas penerangan dari pensyarah tentang tugasan ini .. kami agak tercabar kerana ini tugasan yang pertama bagi kami dan tugasan ini  agak sukar bagi kami kerana banyak aspek yang perlu kami telitikan dalam video ini.

Alhamdulillah kami dapat siapkan kajian ini dengan jayanya pada tarikh yang ditetapkan. 







Wednesday 1 March 2017

MINGGU KEENAM: NEAR MISS, INCIDENT, ACCIDENT

Assalamualaikum dan  Salam sejahtera teman-teman .. Apa khabar pembaca blog kami.. Kami Alhamdulillah sihat wa alfiat disini.

Alhamdulillah minggu ni sudah 6 minggu kami dengan pensyarah kami. Pensyarah kami banyak mengajar kami tentang perkara yang baharu.. Alhamdulillah pada minggu keenam ini. Cik Haslinda menerangkan tentang near miss, incident dan accident di tempat kerja. 
Sebelum pensyarah menayangkan video untuk mengenalpasti near miss. incident, dan accident terjadi ditempat kerja. 
Pensyarah menerangkan perbezaan near miss, incident dan accident .

Perbezaan

Near miss
           * Sesuatu perkara yang Hampir terjadi

Incident
           * Suatu kejadian yang berbahaya dan tidak dirancang/ sedkit perubahan menyebabkan accident
Accident
          *Suatu kejadia berbahaya yang mengakibatkan kecederaan fizikal/kematian / kerugian.








Wednesday 22 February 2017

MINGGU KELIMA: HAZARD, RISIKO, BAHAYA


Hai - Hai pembaca kami๐Ÿ˜ƒ๐Ÿ˜ƒ

Bersyukur kehadrat ilahi hari ini sudah minggu ke-5 kami didalam kelas 
( Occupational Safety and health) bersama pensyarah kami.
Pada minggu ini kami mempelajari tajuk baru iaitu Hazard, Risiko dan Bahaya.




Di atas merupakan video Hazard yang telah pensyarah kami paparkan di dalam kelas.





Napo in Risky Business



moga dengan tayangan video-video ini kalian dapat memahami konsep hazard, risiko dan bahaya.


Friday 3 February 2017

MINGGU KEEMPAT: KUIZ 1 (BERDASARKAN PEMBENTANGAN)

Haii kawan-kawan๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

Pada minggu ini, kami diberikan tugasan melalui CIDOS. 
Memandangkan pada minggu lepas kami telah diajar menggunakan CIDOS, jadi ini masanya untuk kami mengaplikasikan apa yang telah kami pelajari. 

Tugasan pada minggu ini ialah kami perlu menjawab dan menghantar kuiz di dalam CIDOS. 
Kuiz kami terdiri daripada tajuk-tajuk yang telah rakan sekelas kami bentangkan pada minggu ketiga. 

NAMA
PENGALAMAN
DIANA
Saya berasa gembira kerana saya dapat menjawab kuiz tersebut berpandukan nota-nota yang telah diberikan di dalam CIDOS.

SYAFIQAH
Pada mulanya saya rasa berdebar dan tidak yakin dengan jawapan yang saya tandakan tetapi saya tetap berusaha dan tawakal. Alhamdulillah, berkat usaha saya walaupun  markah tidak memuaskan saya berjaya menjawab soalan sehabis baik.

VIGANES
Kuiz di dalam CIDOS ini mudah kerana saya boleh buat di mana-mana. Terdapat 2 kali percubaan untuk membuka kuiz atas talian ini. Hal ini dapat membantu saya untuk mempelajari subjek OSH dengan lebih mendalam dan dapat diaplikasikan di dalam kehidupan seharian kita.

LUQMAN
Pengalaman yang menyeronokkan kerana saya dapat menjawab kuiz di atas talian dengan menjadikan buku rujukan serta nota-nota yang diberi sebagai panduan untuk saya menjawab kuiz OSH di CIDOS.

KAMAL
Sejujurnya ini first time jawab kuiz online. Okay juga sebab boleh tengok nota. Nota pun telah disediakan oleh pensyarah kami, jadi itu memudahkan kami untuk menjawab kuiz tersebut.

HANIF
 Rasa teruja sebab baru pertama kali jawab kuiz online. Soalan agak menarik dan dapat peroleh ilmu yang baru.  Pelajaran OSH ini sangat menarik dan seronok sebab saya dapat mengetahui tentang ciri2 keselamatan.  Saya dapat mengetahui tentang kepentingan2 dan cara2 yang betul dalam melakukan sesuatu kerja.
 Kuiz juga banyak menekankan tentang hal2 penting dan setelah saya mengetahui tentang peraturan keselamatan. Saya lebih mengikuti peraturan2 tersebut dan dapat mengelakkan sebarang kemalangan yang tidak diigini sama ada tempat kerja ataupun terbuka.




Pelbagai pengalaman yang kami rasai kerana ini kali pertama kami membuat kuiz di atas talian.
 terima kasih kepada pensyarah kami kerana memberi peluang kepada kami untuk merasai pengalaman ini.



Thursday 19 January 2017

MINGGU KETIGA: MINGGU PEMBENTAGAN

Hii pembaca blog๐Ÿ˜ƒ๐Ÿ˜ƒ

Setelah diberikan tajuk pembentangan , pada minggu ini tiba masanya kami membentangkan
"slide show" kami kepada pensyarah dan rakan seperjuangan.

Alhamdulillah kerana keempat-empat kumpulan berjaya membentangkan dan menerangkan dengan jelas dan terperinci tentang tajuk yang telah diberikan.



1) Pembentangan dari kumpulan Melissa dan Diana, PERKESO dan Majlis Negara.
➤PERKESO
๐Ÿ‘‰ Definisi PERKESO
๐Ÿ‘‰Dasar  PERKESO
๐Ÿ‘‰Kelebihan PERKESO
➤ MAJLIS NEGARA (NCOSH)
๐Ÿ‘‰Definisi Majlis Negara
๐Ÿ‘‰Fungsi Majlis Negara


2) Kumpulan Syafiqah dan Rizani membentangkan tajuk CIDB serta Insurans & Pampasan.
➤LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA (CIDB)
๐Ÿ‘‰ Definisi CIDB
๐Ÿ‘‰Fungsi CIDB
๐Ÿ‘‰Pengenalan kepada kad hijau
๐Ÿ‘‰Cara untuk mendapatkan kad hijau
➤ INSURANS DAN PAMPASAN
๐Ÿ‘‰Definisi Insurans dan Pampasan
๐Ÿ‘‰Jenis Insurans dan Pampasan
๐Ÿ‘‰Peranan Insurans dan Pampasan


3) Hanif dan Luqman menerangkan kepada kami tentang tajuk mereka iaitu DOSH dan KWSP.
➤JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN MALAYSIA (JKKP)
๐Ÿ‘‰ Definisi JKKP
๐Ÿ‘‰ Objektif JKKP
๐Ÿ‘‰ Fungsi JKKP
๐Ÿ‘‰ Dasar kualiti, keselamatan dan kesihatan pekerja.
➤ KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP)
๐Ÿ‘‰ Definisi KWSP
๐Ÿ‘‰ Pelaburan KWSP
๐Ÿ‘‰ Piagam Pelanggan
๐Ÿ‘‰Tanggungjawab majikan terhadap pekerja
๐Ÿ‘‰ Faedah yang dikenakan kepada pekerja


4) Kamal, Ruban dan Viganes membentang tajuk mereka iaitu NIOSH dan Sejrah Hammurabi.
➤NIOSH
๐Ÿ‘‰ Definisi NIOSH
๐Ÿ‘‰ Latar Belakang NIOSH
๐Ÿ‘‰ Fungsi dan Tujuan berdirinya NIOSH
๐Ÿ‘‰ Tugas NIOSH
➤ SEJARAH HAMMURABI
๐Ÿ‘‰Kod Hammurabi
๐Ÿ‘‰Undang-undang Hammurabi


     Pada waktu akhir pembentangan setaip kumpulan, pelajar digalakkan mengemukakan soalan. Sesi soal jawab berjalan dengan lancar. Cik Haslinda juga memberikan soalan dan cadangan untuk memperbaiki kekurangan kami semasa pembentangan. Cik Haslinda juga mengemukakan  beberapa soalan kepada kumpulan yang membuat pembentangan.


Sekian, Terima Kasih.

Thursday 12 January 2017

MINGGU KEDUA: CARA PENGGUNAAN CIDOS

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA ๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€

Pada minggu ini kami diberi penerangan dari pensyarah kami, Cik Haslinda berkaitan CIDOS yang digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran PnP. Pensyarah kami memberi enrollment key sebagai kunci untuk kami membuka subjek beliau.

Apa itu CIDOS LMS?
➧ CIDOS adalah singkatan kepada- Curriculum Information Document Online System.
➧ LMS adalah singkatan kepada- Learning Management System.
➧ Dibangunkan oleh Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kurikulum, Jabatan Pengajian Politeknik.
➧ Merupakan satu sistem pengurusan dokumen yang bertindak sebagai platform untuk memudahkan penerbitan kurikulum berkaitan maklumat secara digital untuk pensyarah dan pelajar Politeknik.
➧Setiap Politeknik mempunyai 1 platform e-learning sendiri di dalam CIDOS LMS, contohnya LMSPMK untuk Politeknik Melaka, LMSPUO untuk Politeknik Ungku Omar dan lain-lain. Platform e-learning bagi Politeknik Shah Alam ialah LMSPSA.


Fungsi CIDOS:
➤ Membolehkan pelajar memuat turun nota pembelajaran.
➤ Menjawab dan menghantar kuiz secara atas talian.
➤ Melaksanakan dan menghantar tugasan secara atas talian.
➤ Berinteraksi dengan pensyarah secara atas talian (FORUM, CHAT).
➤ Mengulangkaji pelajarn secara atas talian.


Cara-cara menggunakan CIDOS kepada pelajar adalah seperti berikut:

1. Gunaan carian di Google iaitu portal.cidos.edu.my untuk menggunakan CIDOS.

2. Anda akan menemui laman seperti diatas apabila anda memasuki portal CIDOS


3. Kemudian masukkan no kad pengenalan anda sebagai user name dan password.

4. Pada skrin anda akan terpapar isi kandungan di dalam portal CIDOS.

5. Dan untuk memulakan sesi pembelajaran secara atas talian, anda perlu memasuki sistem LMS, di situ anda perlu memasukkan kata kunci bagi setiap subjek dan kata kunci adalah bergantung kepada pensyarah subjek tersebut. 

6. Akhir sekali, di atas adalah contoh yang akan anda lihat apabila anda telah berjaya memasuki course overview  anda.


Kelebihan penggunaan CIDOS:
➢ Pensyarah dan pelajar dapat berkomunikasi dengan mudah melalui CIDOS dan tiada batas oleh jarak, tempat dan masa.
➢ Pelajar boleh mengulangkaji pelajaran dengan mudah walau dimana sahaja.
➢ CIDOS boleh dijadikan sebagai laman informasi tambahan yang berkaitan untuk memudahkan proses pembelajaran kepada pelajar 
➢ Pensyarah dan pelajar boleh membuat perbincangan melalui CIDOS.
➢ Berlakunya perubahan kepada pelajar yang pasif menjadi aktif dengan menggunakan CIDOS.


Sekian, Terima Kasih. 
Semoga apa yang kami sampaikan memberi manfaat kepada anda.
๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰




Thursday 5 January 2017

MINGGU PERTAMA: SESI PENGENALAN (22/12/2016)

Assalamuallaikum dan Selamat Sejahtera pembaca blog kami ๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€




Pada minggu pertama kami berkenalan dengan pensyarah (Occupational Safety and Health) OSH, Cik Haslinda Binti Abu Saman.

kami diterangkan tentang subjek OSH. Seterusnya, pensyarah kami menerangkan dengan lebih mendalam tentang tajuk-tajuk yang terdapat di dalam subjek OSH, iaitu (Department Of Safety and Health)DOSH, NIOSH, sejarah Hammurabbi, perbezaan OSH dan OSHA.

Seterusnya, kami diberi tajuk dan di bahagikan kumpulan untuk tajuk pembentangan pada kelas akan datang

Pembahagian kumpulan dan tajuk:

1) Hanif dan Luqman- KWSP dan DOSH
2) Rizani dan Syafiqah-CIDB dan Insurans Pampasan
3) Diana dan Melissa- Perkeso dan Majlis Negara
4)Kamal dan Ruban-NIOSH dan Sejarah Hammurabbi


1) Pelajar mencari maklumat setelah tajuk pembentangan diberikan.






2) Susun atur kelas yang memberi keselesaan kepada pelajar dan memudahkan proses pembelajaran






sekian sesi perkenalan dari kami kelas DMP1A, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.