Pada minggu ini kami diberi penerangan dari pensyarah kami, Cik Haslinda berkaitan CIDOS yang digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran PnP. Pensyarah kami memberi enrollment key sebagai kunci untuk kami membuka subjek beliau.
Apa itu CIDOS LMS?
➧ CIDOS adalah singkatan kepada- Curriculum Information Document Online System.
➧ LMS adalah singkatan kepada- Learning Management System.
➧ Dibangunkan oleh Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kurikulum, Jabatan Pengajian Politeknik.
➧ Merupakan satu sistem pengurusan dokumen yang bertindak sebagai platform untuk memudahkan penerbitan kurikulum berkaitan maklumat secara digital untuk pensyarah dan pelajar Politeknik.
➧Setiap Politeknik mempunyai 1 platform e-learning sendiri di dalam CIDOS LMS, contohnya LMSPMK untuk Politeknik Melaka, LMSPUO untuk Politeknik Ungku Omar dan lain-lain. Platform e-learning bagi Politeknik Shah Alam ialah LMSPSA.
Fungsi CIDOS:
➤ Membolehkan pelajar memuat turun nota pembelajaran.
➤ Menjawab dan menghantar kuiz secara atas talian.
➤ Melaksanakan dan menghantar tugasan secara atas talian.
➤ Berinteraksi dengan pensyarah secara atas talian (FORUM, CHAT).
➤ Mengulangkaji pelajarn secara atas talian.
Cara-cara menggunakan CIDOS kepada pelajar adalah seperti berikut:
1. Gunaan carian di Google iaitu portal.cidos.edu.my untuk menggunakan CIDOS.
2. Anda akan menemui laman seperti diatas apabila anda memasuki portal CIDOS
3. Kemudian masukkan no kad pengenalan anda sebagai user name dan password.
4. Pada skrin anda akan terpapar isi kandungan di dalam portal CIDOS.
5. Dan untuk memulakan sesi pembelajaran secara atas talian, anda perlu memasuki sistem LMS, di situ anda perlu memasukkan kata kunci bagi setiap subjek dan kata kunci adalah bergantung kepada pensyarah subjek tersebut.
6. Akhir sekali, di atas adalah contoh yang akan anda lihat apabila anda telah berjaya memasuki course overview anda.
Kelebihan penggunaan CIDOS:
➢ Pensyarah dan pelajar dapat berkomunikasi dengan mudah melalui CIDOS dan tiada batas oleh jarak, tempat dan masa.
➢ Pelajar boleh mengulangkaji pelajaran dengan mudah walau dimana sahaja.
➢ CIDOS boleh dijadikan sebagai laman informasi tambahan yang berkaitan untuk memudahkan proses pembelajaran kepada pelajar
➢ Pensyarah dan pelajar boleh membuat perbincangan melalui CIDOS.
➢ Berlakunya perubahan kepada pelajar yang pasif menjadi aktif dengan menggunakan CIDOS.
Sekian, Terima Kasih.
Semoga apa yang kami sampaikan memberi manfaat kepada anda.
😊😉😉
No comments:
Post a Comment